melayu itu orang yang bijaksana..
nakalnya bersulam jenaka..
budi bahasanya tidak terkira..
kurang ajarnya tetap santun..
jika menipu pun masih bersopan..
bila mengampu bijak beralas tangan..
melayu itu berani jika bersalah..
kecut takut kerana benar..
janji sampan diperut..
tpi selalu pecah dimulut..
biar mati adat..
jangan mati anak..
melayu di tanah semenanjung luas maknanya..
jawa itu melayu, bugis itu melayu..
banjar juga disebut melayu..
minangkabau memang melayu..
keturunan acheh adalah melayu..
jakun dan sakai asli melayu..
arab dan pakistani semua melayu..
mamak dan malbari serap ke melayu..
malah mua'alaf bertakrif melayu..
(setelah disunat anunya itu)
dalam sejarahnya..
mealayu itu pengembara lauatan..
melorongkan jalur sejarah zaman..
begitu luas daerah sempadan..
sayangnya kini segala kehilangan..
melayu itu kaya falsafahnya..
kias kata bidal pusaka..
akar budi bersulamkan daya..
gedung akal lautan bicara..
malangnya melayu itu kuat bersorak..
terlalu ghairah pesta temasya..
sedangkan kampong telah tergadai..
sawah sejalur tinggal sejengkal..
tanah sebidang mudah terjual..
meski telah memiliki telaga..
tangan masih memegang tali..
sedang orang mencapai timba..
berbuah lah pisangtiga kali..
melayu itu masih bermimpi..
walaupun sudah mengenal universiti..
masih berdagang di rumah sendiri..
berkelahi cara melayu..
menikam dengan pantun..
menyanggah dengan senyum.
marahnya dengan diam..
merendah bukan menyembah..
meninggi bukan melonjak..
watak melayu menolak permusuhan..
setia dan sabar tiada sempadan..
tapi jika mara tak nampak telinga..
musuh dicari ke lubang cacing..
tak dapat tanduk telinga dijinjing..
maruah dan agama dihina jangan..
hebat amuknya tak kenal lawan..
berdamai cara melayu indah sekali..
silaturrahim hati yang murni..
maaf diungkap senantiasa bersahut..
tangan dihulur sentiasa bersambut..
luka pun tidak lagi berparut..
baiknya hati melayu itu tak terbandingkan..
segala yang ada sanggup diberikan..
sehingga tercipta sebuah kiasan :
"dagang lalu nasi ditanakkan
suami pulang lapar tak makan
kera di hutan disusu-susukankan
anak di pangkuan mati kelaparan"
bagaimanakah melayu abad dua puluh satu..
masihkah tunduk tersipu-sipu?
jangan takut melanggar pantang..
jika pantang menghalang kemajuan..
jangan segan menentang larangan..
jika yakin pada kebenaran..
jangan malu mengucapkan keyakinan..
jika percaya kepada keadilan..
jadilah bangsa yang bijaksana..
memegang tali memegang timba..
memiliki ekonomi mencipta budaya..
menjadi tuan di negara merdeka..
nukilan Allahyarham Usman Awang.....................
Untuk Sahabat Baik Saya... (I'm so terribly sorry)
11 years ago
No comments:
Post a Comment